Monday, June 23, 2008

APABILA BEKAS TIM PRESIDEN MIC - DATO SUBRA LUPA DARATAN .......

Ahh, memang lucu tetapi inilah realiti sebenar apabila bekas Timbalan Presiden MIC Datuk S.Subramaniam tampil mempertahankan Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu bukan " racist" ekoran daripada kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad.Mungkin Subramaniam telah lupa jasa baik Tun Mahathir dulu apabila beliau menyelamatkan karier politik Subra dengan melantiknya sebagai Senator bila Samy Vellu mencantas karier politiknya.Inilah politik - mereka mudah lupa seperti kata Tun. SILA BACA LAPORAN INI

PALANIVEL- PRESIDEN, VICKNESWRAN- TIMABALAN PRESIDEN ?

Timbalan Presiden MIC Dato G.Palanivel yang kini sudah menjadi musuh Presiden MIC dari sebalik tabir dikatakan sedang merancang strategi yang kuat untuk menjatuhkan Datuk Seri Samy Vellu dengan bergandingan dengan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan S.A.Vikneswaran pada pemilihan Presiden pada bulan Mac tahun depan.Vikneswaran yang merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia Dan Sukan dan bekas Ahli Parlimen Kota Raja merupakan diantara calon MIC yang tewas dengan majoriti undi yang banyak sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dan andaian terhadap kepimpinan Vikneswaran.Beliau yang lebih dikenali sebagai nama samaran " Vicky " dalam MIC dilihat antara calon yang berpotensi tinggi dalam parti menerima satu lagi tamparan hebat apabila Setiausaha Agung MIC Datuk Dr.Subramaniam mengeluarkan surat supaya Vicky melepaskan jawatan Ketua Pemuda dengan segera atas alasan sudah melebihi umur - 41 tahun. Perkembangan tersebut telah menyebabkan satu lagi tsunami politik untuk Vicky dalam MIC. Vicky dikatakan bukan lagi anak kesayangan Samy Vellu - SILA BACA DISINI

SAMY VELLU TERLEPAS KALI INI ?

Perhimpunan terhadap Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dibatalkan atau ditangguhkan? Perhimpunan yang sepatutnya diadakan di hadapan Ibupejabat MIC - mendesak Samy Vellu berundur dari jawatan Presiden MIC ditangguhkan ? SILA BACA LAPORAN INI .Namun beberapa pihak yang dihubungi MIC TODAY menyatakan walaupun perhimpunan tersebut dibatalkan pada saat terakhir kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan dan strategi yang silap tetapi ada juga sekumpulan yang hadir.Perhimpuna tersebut dijangka akan diadakan pada bulan depan -sempena dengan perhimpunan agung MIC.

AMARAN PALANIVEL KEPADA TUN MAHATHIR !

Tun Mahathir Mohamad perlu ingat asal usulnya - amaran daripada Dato G.Palanivel. SILA KLIK DISINI

Sunday, May 25, 2008

AHLI- AHLI MIC DI SARAN PANTAU BLOG, KATA SAMY !

Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berkata ahli - ahli MIC perlu pantau perkembangan blog dari masa ke semasa dan juga bertindak segera sekiranya masalah disuarakan melalui blog.Tetapi apakah ahli - ahli MIC sudah matang sehingga mengikut perkembangan di blog? Apakah MIC sudah bersedia untuk menentang arus siber media?