Monday, June 23, 2008

PALANIVEL- PRESIDEN, VICKNESWRAN- TIMABALAN PRESIDEN ?

Timbalan Presiden MIC Dato G.Palanivel yang kini sudah menjadi musuh Presiden MIC dari sebalik tabir dikatakan sedang merancang strategi yang kuat untuk menjatuhkan Datuk Seri Samy Vellu dengan bergandingan dengan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan S.A.Vikneswaran pada pemilihan Presiden pada bulan Mac tahun depan.Vikneswaran yang merupakan bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia Dan Sukan dan bekas Ahli Parlimen Kota Raja merupakan diantara calon MIC yang tewas dengan majoriti undi yang banyak sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dan andaian terhadap kepimpinan Vikneswaran.Beliau yang lebih dikenali sebagai nama samaran " Vicky " dalam MIC dilihat antara calon yang berpotensi tinggi dalam parti menerima satu lagi tamparan hebat apabila Setiausaha Agung MIC Datuk Dr.Subramaniam mengeluarkan surat supaya Vicky melepaskan jawatan Ketua Pemuda dengan segera atas alasan sudah melebihi umur - 41 tahun. Perkembangan tersebut telah menyebabkan satu lagi tsunami politik untuk Vicky dalam MIC. Vicky dikatakan bukan lagi anak kesayangan Samy Vellu - SILA BACA DISINI

1 comment:

Anonymous said...

Nampak lucu tetapi kenapa tidak?